Anda boleh mendapatkan Norton Ghost versi percubaan di sini. Namun saya sarankan anda menggunakan bootable CD atau disket yang anda boleh perolehi dari mana-mana kedai yang berhampiran :p
Pada kali ini, saya akan menunjukkan cara-cara membuat backup Ghost yang anda boleh simpan dalam bentuk fail. Ikuti langkah-langkah di bawah:
Buat Backup Ghost Pada Partition
- Hidupkan komputer anda dan masukkan CD Norton Ghost. Pastikan anda telah mengubah boot sequence kepada CD.
- Skrin Norton Ghost akan dipaparkan.
- Pilih Local > Partition > To Image. Pilihan ini bertujuan untuk membuat backup untuk partition anda, dan menyimpannya dalam bentuk fail.
- Pilih hard disk yang mengandungi partition tersebut.
- Pilih partition yang anda hendak backup.
- Anda dikehendaki memilih tempat di mana fail Ghost akan disimpan. Pilih folder yang anda mahu, berikan nama untuk fail Ghost, dan klik Save.
- Klik OK pada mesej “Proceed with partition image creation?”. Tunggu hingga proses backup selesai, dan anda boleh restart semula PC anda.
Restore Fail Ghost Kepada Partition
- Hidupkan komputer anda dan masukkan CD Norton Ghost. Pastikan anda telah mengubah boot sequence kepada CD.
- Skrin Norton Ghost akan dipaparkan.
- Pilih Local > Partition > From Image. Pilihan ini bertujuan untuk restore semula fail Ghost tadi kepada partition asal.
- Pilih fail Ghost tersebut dan klik Open.
- Pilih partition yang mengandungi fail Ghost.
- Pilih hard disk yang mengandungi partition asal.
- Pilih partition yang yang anda hendak restore.
- Klik OK pada mesej “Proceed with partition restore? Destination partition will be permanently overwritten”. Tunggu hingga proses restore selesai, dan anda boleh restart semula PC setelah proses selesai.
0 komentar:
Posting Komentar